• +62-8123070905
  • bagus.suminar@gmail.com

UJIAN BUAT MANUSIA

UJIAN BUAT MANUSIA

 

๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น
ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
Sejenak Pagi:
*Ujian buat Manusia*

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari ALLOH Ta’ala.
Itu sudah menjadi bagian kehidupan manusia.

Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.

Cuma, acapkali apabila disebut ujian ALLOH Ta’ala maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah.

Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam berbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesehatan dan bermacam-macam lagi.

Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada ALLOH Ta’ala tatkala dirinya mengecapi berbagai kesenangan hidup.

Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.

Mengenai ujian kesusahan, firman ALLOH Ta’ala di dalam Surah al-Baqarah ayat 156:
*(yatu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLOH dan kepada ALLOH jualah kami kembali.”*

ALLOH Ta’ala tidak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan.

Tapi ALLOH Ta’ala janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.

Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?

Bersabarlah duhai diri. Pandanglah setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.

Semoga ALLOH Subhanahu Wa Ta’ala Merahmati dan Memberkati kita serta membuka segala pintu kebaikan buat kita.

Semoga kita bisa terus istiqomah senantiasa bertutur, berfikir dan berbuat yg baik, beribadah dg penuh keikhlasan berharap ridho Alloh.

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.
*Robbana Taqobbal Minna*
Ya Alloh terimalah dari kami (amalan kami), aamiin

www.sejenakpagi.info
๐Ÿ˜Šโค๐Ÿ‘

Hasbi Maula

Leave a Reply